++Pengikut Saya++

Saturday, March 5, 2011

Kalu Kite Tak Amanah...

/hihi & Assalamualaikum Wbt..

Aku pulang ke rumah tengahari tadi, ayah yang setia menjemputku pulang sampai diperkarangan rumah flatku, ayah datang berseorangan, hari ni pergi hantar CPU & Monitor skali kat rumah member 1 tempat kerjaku, Si Syahmim.

Hantar selesai, tibe pulak aku nak pulang ke rumah. Rindu dowh tak balik rumah sendiri. hehe Padahal baru minggu lepas, minggu lepas, aku dah balik. Bila kaki jejak je tanah rumah ni, mulut aku terus panggil "Bugen" "Bugen" Bugen pun bukak mulut dia besar2, sangat besar. hehe macam menguap la konon2 nye. Bugen tu meow aku, yang entah ke berapa ekor pun aku tak ingat. Seadik-beradik dengan Rebest la, seibu dengan Chombi. Sebab ape mak aku panggil Bugen, aku pun xtahu. Aku ikut je, Mungkin ekor dia kot, berpintal2, tu pasal mak kasi name dia Bugen. hehe Bugen ni ade "kembar siang", hehe name dia Panjang. sebab ekor dia panjang sebijik macam Kecik dolu2.

Mase perjalanan: ayah bagitahu yang ayah dah tak dapat amanah dengan duit masjid, tapi dia bayar balik, tapi dia guna dulu duit masjid tanpa pengetahuan sesiapa. Ini disebabkan, family aku kekurangan pendapatan, dan sebahgiannya di salurkan pade yang suke meminta untuk menampung yang tak pernah cukup walaupun gaji besar, walaupun banyak buat kerja extra. tapi end of the month still tak cukup duit. Huh! Ayah yang xcukup duit tak pernah nak minta kat anak dia tanggung, tapi anak tak pernah nak bertimbang rase minta, minta dan minta pade ayah. Aku sedih sebab aku pun tak mampu nak bagi kemudahan pade family aku terutama untuk ayah selesaikan segala bil, belanja pakai keperluan dalam rumah, aku hanya berdiam diri dalam kereta mendengar luahan hati seorang ayah yang tabah dengan karenah anak-anaknya. Aku tak berani nak potong kate-kate ayah, aku saja membiarkan dia meluahkan isi hatinya. Aku tak mampu nak membalas luahannya. Ni lah hati dan pergorbanan seorang ayah untuk membesarkan & menjaga anak-anaknya. 

Sedang rancak ayah meluahkan ceritanya, dengan tibe-tibe kereta pulak berenti enjin. Sebelum ni dah pernah terjadi, so, memang aku tak panik langsung. Mule nya ayah bebel2 pasal signage kuning tanda mintak tu, minyak dia baru isi, tapi meter minyak tu jatuh secara mendadak, ni sangat menakutkan ayah bile ayah bawak kereta katenya. Bila ayah isi minyak, dia akan tanda kilometer untuk setiap isian. Kire dia bajet untuk 200km/j cukup untuk RM30. Tapi ini sangat merungsingkan dia sebagai pemandu. Ayah bagitahu jugak kebaikan dan keburukan kereta tu, kalu manual, kebaikan nye itu ini, kalau auto kabaikan nya itu ini. dan aku masih membisu kaku. Dalam fikiranku, aku mahu bawak kereta ni repair & servis pape yang berkaitan tanpa pengetahuan dia. Tapi, kat mane pulak aku nak usung kereta ni. Kereta tu dah hampir 12 tahun. Memang ketara kerosakannya. Cuma ayah sedapkan hati, kereta tu masih elok digunakan. Tapi aku tengok dah nazak dah. Tunggu ayah betolkan kereta yang mati tertiba tadi, aku pun wat2 nak tolong, tapi aku tak tahu nak tolong ape. huhu Kalu aku bawak kereta tu dan tibe2 kereta mati, tu memang aku panik. xde sape yang boleh aku percaya nak intak tolong. Aku kan pompuan, takot tertipu. Aku still jugak nak ayah datang waktu betolkan kereta aku. Tapi setakat mane ayah boleh datang tolong, nak tak nak aku kene berdikari. Aku kene tahu sikit sebanyak pasal kerete.Mane minyak brek, minyak enjin, radiator, enjin dan banyak lagi.

Berbalik dengan tajuk aku, kalu kite tak amanah secara tidak sengaja atau kite ade keperluan yang lagi mustahak, boleh ke kite dimaafkan. Kite diberi amanah untuk memikul tanggungjwab itu, tapi orang lain tak tahu kemampuan kite untuk memberi yang terbaik dalam melaksanakannye. Moga Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas segalanya. Kite sebagai hambeNye mesti percaya semua ni ade hikmah dan ade keberkatan nye tersendiri. Kita kene terus tabah hadapi dugaan Allah. Bersyukurlah wahai manusia. 

Amin Ya Rabbal'alamin..

Terima Kasih, sudi bace!

No comments:

Post a Comment