++Pengikut Saya++

Tuesday, March 15, 2011

Mulakan semula..

/hihi & Salam semuanye..

Selamat petang, dah berape minggu aku tak update blog kesayangan hamba ni, almaklum lah, banyak sangat kerja yang aku kene buat. Aku bukan nak cakap pe, aku rase aku tak cukup perform lagi kalau nak cari kerja kat tempat lain. Banyak sangat aku tak tahu lagi, banyak benda lagi yang aku kene mentelaah, banyak lagi yang perlu aku ingat proses-prosesnya, memang sangat banyak yang aku kena belajar untuk berpengalaman dalam bidang admin ni. hehe

Lagi sebulan, aku bakal menamatkan praktikal ku yang hampir 4 bulan aku tempuhi untuk memastikan aku boleh grade dalam mase yang ditetapkan. Tarikh last, 16hb April 2011, tapi kalu dapat extand pun OK jugak, leh dapat duit poket lebih, hehe sementara aku plan kertas kerja yang pelbagai lagi. hehe

Saje nak merapu meraban di petang yang sejuk, yang longlai sipu-sipu bahase, yang hampir nak hujan ni.. haha Dah full stop! Aku dah tak tahu nak merapu meraban pe dah ni, tapi aku dah xtahu nak wat keje pe dah. kerja semua dah siap. yang penting, tender semua dah balut!! yeah!! Boleh balik!! Seronoknye!! Boleh tidur dengan nyenyak!! Ops! tak boleh, questionnaire lum siap distribute lagi, belum boleh wat finding lagi, so tidur aku tentu arah lagi, tapi g mampus la, aku tetap nak tidur sepuas-puasnya. haha Peduli pe!! Damn! Mane boleh macam tu AZIMAH! nanti ko kene repeat sem depan, macam mane nak beli kereta.. hehe Wow! Nak beli kereta dah, hutang PTPTN belum setel lagi, dah nak wat hutang baru.. hehe Ape yang aku nak wat, kite kene peduli kan sape2 o ape orang lain nak cakap. Biarkan!! Takbir AllahuAkbar..! hehe Amboi semangat pulak tetibe.. hehe

Terima Kasih, sudi bace!

Sunday, March 6, 2011

Layan....

 
layan video ni...
aku tak habis-habis kene tuduh curang! walaupun niat aku hanye untuk berhibur. huhu wajib ke aku ditengking2? macam xpunye perasaan, belas kesihan?

ermmm terima segala hukuman. biar aku layan perasan ku sendiri..
Andang cintaku menyala dari Safura & Ezad...


Terima Kasih, sudi bace!

Saturday, March 5, 2011

Kalu Kite Tak Amanah...

/hihi & Assalamualaikum Wbt..

Aku pulang ke rumah tengahari tadi, ayah yang setia menjemputku pulang sampai diperkarangan rumah flatku, ayah datang berseorangan, hari ni pergi hantar CPU & Monitor skali kat rumah member 1 tempat kerjaku, Si Syahmim.

Hantar selesai, tibe pulak aku nak pulang ke rumah. Rindu dowh tak balik rumah sendiri. hehe Padahal baru minggu lepas, minggu lepas, aku dah balik. Bila kaki jejak je tanah rumah ni, mulut aku terus panggil "Bugen" "Bugen" Bugen pun bukak mulut dia besar2, sangat besar. hehe macam menguap la konon2 nye. Bugen tu meow aku, yang entah ke berapa ekor pun aku tak ingat. Seadik-beradik dengan Rebest la, seibu dengan Chombi. Sebab ape mak aku panggil Bugen, aku pun xtahu. Aku ikut je, Mungkin ekor dia kot, berpintal2, tu pasal mak kasi name dia Bugen. hehe Bugen ni ade "kembar siang", hehe name dia Panjang. sebab ekor dia panjang sebijik macam Kecik dolu2.

Mase perjalanan: ayah bagitahu yang ayah dah tak dapat amanah dengan duit masjid, tapi dia bayar balik, tapi dia guna dulu duit masjid tanpa pengetahuan sesiapa. Ini disebabkan, family aku kekurangan pendapatan, dan sebahgiannya di salurkan pade yang suke meminta untuk menampung yang tak pernah cukup walaupun gaji besar, walaupun banyak buat kerja extra. tapi end of the month still tak cukup duit. Huh! Ayah yang xcukup duit tak pernah nak minta kat anak dia tanggung, tapi anak tak pernah nak bertimbang rase minta, minta dan minta pade ayah. Aku sedih sebab aku pun tak mampu nak bagi kemudahan pade family aku terutama untuk ayah selesaikan segala bil, belanja pakai keperluan dalam rumah, aku hanya berdiam diri dalam kereta mendengar luahan hati seorang ayah yang tabah dengan karenah anak-anaknya. Aku tak berani nak potong kate-kate ayah, aku saja membiarkan dia meluahkan isi hatinya. Aku tak mampu nak membalas luahannya. Ni lah hati dan pergorbanan seorang ayah untuk membesarkan & menjaga anak-anaknya. 

Sedang rancak ayah meluahkan ceritanya, dengan tibe-tibe kereta pulak berenti enjin. Sebelum ni dah pernah terjadi, so, memang aku tak panik langsung. Mule nya ayah bebel2 pasal signage kuning tanda mintak tu, minyak dia baru isi, tapi meter minyak tu jatuh secara mendadak, ni sangat menakutkan ayah bile ayah bawak kereta katenya. Bila ayah isi minyak, dia akan tanda kilometer untuk setiap isian. Kire dia bajet untuk 200km/j cukup untuk RM30. Tapi ini sangat merungsingkan dia sebagai pemandu. Ayah bagitahu jugak kebaikan dan keburukan kereta tu, kalu manual, kebaikan nye itu ini, kalau auto kabaikan nya itu ini. dan aku masih membisu kaku. Dalam fikiranku, aku mahu bawak kereta ni repair & servis pape yang berkaitan tanpa pengetahuan dia. Tapi, kat mane pulak aku nak usung kereta ni. Kereta tu dah hampir 12 tahun. Memang ketara kerosakannya. Cuma ayah sedapkan hati, kereta tu masih elok digunakan. Tapi aku tengok dah nazak dah. Tunggu ayah betolkan kereta yang mati tertiba tadi, aku pun wat2 nak tolong, tapi aku tak tahu nak tolong ape. huhu Kalu aku bawak kereta tu dan tibe2 kereta mati, tu memang aku panik. xde sape yang boleh aku percaya nak intak tolong. Aku kan pompuan, takot tertipu. Aku still jugak nak ayah datang waktu betolkan kereta aku. Tapi setakat mane ayah boleh datang tolong, nak tak nak aku kene berdikari. Aku kene tahu sikit sebanyak pasal kerete.Mane minyak brek, minyak enjin, radiator, enjin dan banyak lagi.

Berbalik dengan tajuk aku, kalu kite tak amanah secara tidak sengaja atau kite ade keperluan yang lagi mustahak, boleh ke kite dimaafkan. Kite diberi amanah untuk memikul tanggungjwab itu, tapi orang lain tak tahu kemampuan kite untuk memberi yang terbaik dalam melaksanakannye. Moga Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas segalanya. Kite sebagai hambeNye mesti percaya semua ni ade hikmah dan ade keberkatan nye tersendiri. Kita kene terus tabah hadapi dugaan Allah. Bersyukurlah wahai manusia. 

Amin Ya Rabbal'alamin..

Terima Kasih, sudi bace!

Thursday, March 3, 2011

Bulan kelahiran saya...

/hihi
 
* seronok didampingi  (aku memang suke, sebab aku tak rase aku keseorangan) * agak pendiam kecuali diransang (bile dh  meransang, aku macam xreti nak duk diam pulak, asik nak bising, kepoh je) * ada harga dan maruah diri (mesti nye harge diri aku paling mahal) * tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan (still jugak marah, tapi aku marah kejap jer, GERAMM jer) * mudah dipujuk dan bersikap lurus (agaklah, sikit je lurusnye..hehe) * sangat menjaga hati orang lain (hati sendiri xkisah, hati orang lain memang aku kisah!) * sangat peramah (memang pun) * emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih (sebabnye suke ungkit-ungkit) * berjiwa sentimental (suke nak berjiwang-jiwang, pastu nangis sendiri) * kurang berdendam (sape cakap, aku lah kuat dendam taw) * mudah memaafkan tetapi sukar melupakan (jangan cube-cube!) * tidak suka benda remeh temeh (tak suke fikir masalah secara mendalam)

* membimbing cara fizikal dan mental (kalu bab motivasi, memang saye la orangnya!) * sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang (dgn manusia, bintang, semua2 nye, saya sayang) * layanan serupa kepada semua orang (ni yang selalu wat aku gaduh dengan kekasih hati aku!) * tinggi daya simpati (kucing nak lintas jalan, aku sanggup benti kasi kucing lalu dulu) * pemerhatian yang tajam (memang sangat tajam, sebab tu aku suke cari barang tersembunyi, hehe) * suka menilai orang lain dengan pemerhatian (yes!, my perception on my eyes) * mudah dan rajin belajar (aku suke belajar benda yang baru, adventure sikit) * suka muhasabah diri (minta pendapat orang lain, suke nak selesai isu2 yang berkaitan) * suka mengenang peristiwa atau kawan lama (aku carik balik kawan yang dah lame tak contact aku) * suka mendiamkan diri dan duduk dirumah (kat rumah je aku jadi pendiam, dengan kawan-kawan aku lah paling kepoh, u're my strength baby!)* suka tunggu kawan tapi tak cari kawan (sape cakap suke tunggu kawan, penat taw!) * tak agresif kecuali terpaksa (disebabkan aku suke pendam rase, bile dah meletop datang lah agresif aku)* lemah dari kesihatan bahagian perut (tak tahu pulak, memang aku ade masalah perut) * mudah menjadi gemuk jika tak dikawal (dah gemok pun, semuanye tak terkawal) * minta disayangi (aku perlukan lebih perhatian) * terlalu mengambil berat (even aku tak kenal pun, aku caring taw!) * rajin dalam membuat kerja (kerja yang aku boleh wat je, kerja2 rumah, sapu rumah, sidai kain, mop lantai, lipat kain, lap mengelap, eh banyak la tak muat nak list semuanye.. hehe)

.
.
.
.
Ni lah sifat yang lahir pada bulan Julai. Dipetik dari laman sesawang yang boleh dipercayai.. Sekian, terima kasih.

Terima Kasih, sudi bace!

Wednesday, March 2, 2011

Hari Belanje Lebih...

/hihi


Hari ni aku istiharkan HARI BELANJE LEBEH.. banyak sebab munasab:

1. hari ni wayar/chager laptop aku wat hal, rosak pulak tetibe, masuk opis kan mcam biase, aku akan ON lappy, nak dengar radio ke, on9 FB ke, Download mengdownload ke, kalu baik sikit, bukak email ker.. (ahaks, kalu baik la kan)

2. Kene saman pulak dengan MBSA, kerana gagal mempamerkan tiket letak kereta bayar dan peraga katanya.. malang belaka sebab tak bayar RM 0.40 untuk sejam, kene "up" bayar kompaun sebanyak RM 20 sahaja ok..!saman dibahagikan untuk 3 orang, seorang berapa? cube teka..? ni teka teki IQ jugak taw..!hehe

3. Hari ni dapat elaun, tapi tetap kua kan wet untuk back up balik wet hutang kat kak Mira n Syahmim.. sebab beli chager laptop kesayangan punye pasal.. aku dah pinjam wet dorang kene la cepat-cepat bayar balik. huhu /please

4. Saye makan MCD pulak, dh tahu wet dh banyak kua, saya order ayam McD.. huhuhu wah! sungguh kenyang puas hati habis kan wet.. yerkkk~ 

Balik opis, ade kerja yang sedang menunggu aku rupe-rupenye tapi aku wat muke selambe, belum carik pape lagi.. hehe cepat azimah! nanti aina ngn bos marah, cepat2 siapkan keje!! jangan berlengah-lengah lagi.. (tapi xmau buat sebenarnya)


Bile aku boleh menyimpan wet ni, huhuhu asik ade je wet keluar... /omg

Terima Kasih, sudi bace!! 
/bye

Tuesday, March 1, 2011

Cerita Seram...

Assalamualaikum Wbt...

Ni cerita semalam, lepas aku keluar makan dengan kak Mira, dengan Syahmim, kami nak terus hantar surat on behalf en.Jamil pasal Insurance kerete lancer dia, tetibe Syahmim bukak cerita pasal cerita hantu kat sebuah rumah kat seksyen 2. Dia start cerita seram dia, dia cakap cerita seram, kami pun berminat nak tahu cerita seram tu, lalu Syahmim pun mulekan penceritaannya. Tapi......
.
.
.
.
.
.
.
 Dia kene fokus bawak kerete, aku pulak fokus nak tunjukkan jalan. Cerita seram tu tergendala. Dia pun stop cerita seram itu..

.
.
.
.
.Tapi aku dan kak Mira tertanya-tanya ape dia yang seram sangat cerita Syahmim ni, cerita akan disambung semula pas surat dah selamat hantar.
.
.
.
.
Bila surat dah setel, kami pun pujuk Syahmim mule kan balik cerita dia. tertibe En.Jmail pulak call kak Mira suruh tukar harga tender, Syahmim terus cerita.. dan cerita dan cerita..
.
.
.
.
Tanpa sedar kami dah sampai kedai buku nak beli sampul surat lebih untuk Aina & kak Mira nya.
Secara langsung Syahmim mengakhiri ceritanya, dan aku rase sangat SERAMMMM... hahahaha /floor
memang seram sangat dowh.. hahahaha tapi aku boleh tergelak besar dengan kesimpulan yang disimpulkan oleh Syahmim.. hahahaha Sangat Kelakar...

Cerita tu tak jadi seram, malah cerita tu jadi cerita lawak.. Dengan kak Mira sekali tergelak besar.. hahaha lepas tu, kami pun balik semula ke opis dan wat keje macam biase, tapi memikirkan cerita seram dari Syahmim.. hahaha

Terima Kasih, sudi bace!!/bye

Saya nak Tergelak...

Assalamualaikum Wbt.../hihi

Sangat kelam kabut hari ye. Aku nak tergelak bile jadi kelam kabut. haha /floor dengan bos sekali kelam kabut.
Hari ni submission untuk Tender JKR, kene anta kul sebelum kul 12 tengahari, tapi dah kul 10.40 pagi masing-masing belum ready lagi nak g anta. Ade yang nak kene oter harge lagi, bos pulak relax jer. Dah pukul 11 baru siap semuanya, dengan bos ade keje dia belum siap lagi. aku la tukang gelakkan. mane tak nye, "kesemua dokumen tender hendaklah dilakri" mase nak lakri dokumen, ade yang nak bakar tangan aku. hehe /no

Pastu, dah siap, bos tibe2 suh anta sendiri tender tu, nak mati!! mane tahu jalan..kang dr sejam ke sana, jadi berjam2, langsung xde makne tender tu. ha! takot kan. bos pun dengan rela pakse kene la anta tender tu. haha /floor

Seronok.. Suke.. hahaha padan muke sapa suh wat last minit.. hahaha. opss sowy-sowy bukan nak gelak tapi hati saya sangat terhibur... hehe /please

Terima Kasih, sudi bace..! /bye