++Pengikut Saya++

Tuesday, January 10, 2012

Sakit.Mampu.Diubati

Salam semua blogger.. Selamat petang hari Selasa.

Pernah tak merasa kesakitan yang amat sangat di waktu malam anggaran masa pukul 3 pagi ke atas. Kekerapan kesakitan yang melanda amatlah terasa bila kita tak mampu untuk menahannya bila keseorangan. haha Ayat sendirik pun tak faham. Hampeh Betol.

Aku telah usaha demi usaha untuk pulih seperti orang lain yang tidak punya sakit seperti aku. Aku tak tahu di mana silapnya sampai aku diperlakukan begini. Jadi hendaknya, aku redha je setiap kenikmatan yang aku rasai. Moga-moga di Akhirat kelak aku akan mendapat kesejahteraan dan keistemewaan di sisi Allah. Amin. 

Pernah dengar akan kejadian halus/ghaib yang tidak dilihat dengan menggunakan mata kasar. Ada sesuatu hijab yang dibuka oleh Allah untuk MakhlukNya mengetahui kejadian halus ini. Jadi adakah anda semua percayakan sihir? Percayakan santau? Dan bagaimana anda mengubatinya. 

Ini bukan sebarang manusia yang dapat memulihkan semangat dan kesihatan seseorang tanpa ada kuasa dari Allah S.W.T. Jadi kita harus berikhtiar, yakin pada kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Kita akan sembuh dalam apa juga penyakit melainkan penyakit hati. Hasat dengki adalah penyakit yang paling paranh dan penyakit yang berlanjutan sehingga akan tercipta fitnah sesama manusia. Masha Allah. Allahhu Akbar. 

Thanks sudi bace!

Monday, January 9, 2012

Cinta

Salam Blogger sekalian, Selamat Petang.. 

Semoge anda semua sihat sejahtera belaka. Bila hari-hari asyik buka FB kan, bila asyik terserempak dengan kawan-kawan yang sebaya ataupun yang 'junior' yang dah kahwin / yang dah ada anak kan, terasa sangat bertuah dan bersyukur atas kejadian Allah yang sungguh indah untuk setiap kejadianNYA. Macammana entah nak diluahkan semoga hatiku terbuka dan diberikan peluang yang sama seperti orang / pasangan yang lain juga. Berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul bebanan. (werk, terkeluar pulak air mata ini)

Takda lah nak menangis air mata darah pun, cume nak bagi mak dan ayah kita juga bahgia merasa pangkat "atok" pangkat "nenek" yang sememangnya layak untuk umur yang menjangkaui usia mereka. Tapi setakat mana usaha kita untuk mendapatkan jodoh yang sememangnya untuk kita tanpa ada sebarang keraguan buat masa terdekat ini. Tiada siapa tahu perancangan Allah S.W.T. Walaupun kita sudah merancangnya berkali-kali dan bertahun-tahun lamanya, namun kita tetap tidak dapat menolak Qada' & Qadar Allah. Subhanallah. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. 

Terasa keinginanku yang membuak-buak untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayangku pada insan yang bernama manusia. Tetapi pada siapa? Masih boleh diguna-pakai untuk "cinta itu buta"? Ataupun melalui rupa paras dan sifat fizikal yang sempurna baru boleh menikmati keikhlasan sesuatu CINTA itu. Bukan kemaruk BERCINTA tetapi risau akan kepudaran perasaan CINTA tersebut sesama manusia. Bila rasa cinta pudar, mahukah rasa cinta itu tumbuh semula untuk masa akan datang? Pelbagai persoalan yang timbul untuk ku nyatakan perasaan cinta dan sayang padaNYA. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, setiap apa yang aku luahkan, dan setiap apa yang terlindung dalam sudut hatiku, aku minta Kau permudahkan untukku menghadapi cubaan & dugaan dunia ini. Semoga aku dapat merasakan kenikmatan sebenar di Akhirat sana. AMIN AMIN AMIN Rabbal A'lamin.

P/s : Mencari insan yang ikhlas, menerima sedaanya diri kita sebenarnya bukan macam kita pilih baju/makanan di luar sana. Segala luaran & dalaman sangat terperinci untuk disesuaikan mengikut warna-warni kehidupan di dunia ini. :)