++Pengikut Saya++

Saturday, November 17, 2012

Tangisan Pengorbanan

Selamat Pagi semua???!

Sudah bangun ke belum? Bangunlah, mari  kita sama-sama hirup udara yang segar di luar halaman rumah ini. Menikmati nyamannya udara, kicap-kicap burung yang berkicauan, cengkerik yang masih berbunyi.

Waktu tengahari sudah hilang kesegaran yang wajib kita nikmati dingin pagi.

Mulakan hari anda hari yang hampir pada penghujungnya, supaya setiap detik saat itu kita akan gunakan sebaik-baiknya. Usah tunggu kemudian hari jika hari ini kita sudah mengaku kekalahan.

Saya mahu berkongsi sedikit pengalaman yang baru saya perolehi, syukur saya dapat dipertemukan dengan pelbagai jenis latar belakang manusia. Sebelum ini, saya hanya seorang pekerja yang hanya fokus pada syarikat tempat saya bekerja di Shah Alam. Dengan berjumpa, mengenali dan mendalami kisah-kisah orang lain di luar sana, saya dapati saya adalah orang yang paling bertuah sekali. Ini kerana, saya cukup makan, pakai, keperluan seharian. Kehidupan saya adalah kehidupan yang sangat-sangat SELESA!

Ramai yang di luar sana yang masih tercari-cari keselesaan hidup untuk kehidupan mereka akan datang. Bukan hanya untuk mereke sendiri tetapi untuk orang yang mereka sayang jugak! Masakan mereke membenarkan kesengsaraan orang yang tersayang terjadi depan mata mereka sendiri!!

Saya berjumpa dengan orang yang tidak reti membaca, menulis tetapi dia gunakan kelemahan yang dia ada untuk tunjukkan potensi dia lebih dari orang yang pandai! Memang sangat hebat! Apelah saya yang belajar sehingga peringkat Ijazah tidak menggunakan peluang yang ada untuk berubaha!!!

Tersangat rugi sekali!

(bersambung....)