Semalam,
keinginan mataku membuak-buak untuk pejam seawal yang mungkin hanya la
sementara sahaja. Mataku mulai berat pada tepat jam 9.30 malam, segera aku
angkat kaki untuk mendodoi tidurku biar diulit mimpi yang indah.
Malangnya,
tidurku diganggu oleh rakan serumahku. Tersangat teramat paling bising bila
semuanya berkumpul, standard la perempuan bila sudah berjumpa kawan
masing-masing, banyak cerita yang nak di”gossip”kan bersama. Dengan aku sekali
terjebak, ruginya aku tidur awal tadi. Tak dapat tertahan mataku dari
mengalirkan air mata bias-bisa tidur tadi.
Nasib la
badan….
Aku
terpaksalah terima, ikutkan hatiku memang panas…tension lagi…
Aku tak
mampu nak melawan, nanti xpasal2 aku pulak tak ade kawan serumah, elok duduk 5
bulan, aku tahan duk 5 hari jer nanti…hahahaha
Dan
terciptala entri ini buat pembaca-pembaca sekalian…
Walaupun
seramai kawan, segembira hati, seduka jiwa, sebanyak cerita, jaga dan hormatlah
orang sekeliling anda, jangan ikutkan hati jer..(ayat tak puas hati)
Pandang
kiri kanan depan belakang sudut 90 darjah ker, ingat dan renung2kanlah, ade
orang lain sekeliling anda yang perlu sesuatu untuk kepentingan tertentu,
marilah kita jaga keharmonian bersama…
Dah merapu
meraban pulak,
Entahlah,
xtahu nak cakap macam mane, baik aku tak yah cakap kalu xtahu,
Dari
menyakitkan hati mane2 pihak…(terase macam keje wartawan..)
Hahahaha
Hiburkan
hati sendiri…