++Pengikut Saya++

Thursday, May 26, 2011

Blogku Dianak Tiri kan..

Assalamualaikum Wbt..

Selamat petang semua yang tengah berblogging, yang tengah makan roti depan pc, yang tengah blog walking, tangok-tengoklah blog saya yang tak seberapa nak update ni.. lagi2 nak up grade.. telah bila nk tercapai puan tak tahu.. hehe

Saya sangat seronok-ronok sebab setelah sekian lama aku tak mengupdate status atau pun tak berbicara bersama rakan-rkan blogger yang lain kisah saya.. Kejap aku kejap saye.. ishhh *grrr* hehehe Pandai nak marah-marah pulak.. Biase la, saya kerja bawah orang agak tertekan jugak kan. Walaupun "small matter" tapi jadi "big matter" sebab tak tahu nk pschology diri sendiri untuk arrange keje sendiri.. huhuhu [sedikit kecewa]

Aku dah mulakan hidup baru dengan kerjaya baru, sebagai "Executive Corporate & Admin", disebuah syarikat penuh bumiputera yang berdekatan dengan rumah aku, tidak jauh 40 minit masa diambil. hehe Berterabor bahase aku kan.. Biase lah, sejak jadi skema ni, macam bahasa yang aku cube baiki. Tapi sikit demi sedikit, ade nampak tak hasil nya.. haha Korang la yang menilainye. 

Baru-baru ni, aku baru lepas hantar adik aku "Ijam Poyo" nama tertera dalam hand phone aku, hehe kalu dia baca blog aku ni, mesti dia cakap aku yang poyo.. hehehe Dia berjaya sambung belajar dalam jurusan Diploma Mekanikal Industri di Universiti Teknologi Mara, Arau. Yaeh! Melompat-lompat aku dengar bila dia dapat sambung belajar ke peringkat seterusnya, yelah mana tak haapynya, aku nak dia tahu bertapa nikmatnya hidup sebenar bila dia jalani alam yang lebih mematangkan dia. InsyaAllah. Sesungguhnya, dia boleh belajar berdikari sendiri bersama kawan-kawan seperjuangan dia yang lain  untuk kenal warna-warni KEHIDUPAN sebenar. Aku sangat kagum!

Mase hantar budak ijam ni balik kolej dia, lepas menghabiskan mase di Padang Besar selama sejam, Shopping Time la konon nye!! hehe Kami pun bersalam-salaman bersama, lalu menitis air mata ayah dan ibuku, untuk melepaskan ijam belajar mengharungi mase remaja nya sendiri jauh disudut negeri. Pesan ayah kepada ijam dan semua, "Biar kita jauh, tapi hati kite dekat" terus laju selaju air paip mencurah-curah keluar dari saluran anak mata aku. Perghhh! Rase macam berat sangat nak berjauhan dari ijam.. kawan beradik gadoh aku tiap-tiap kali aku tensen.. hehe Thanks ijam being my brother and always accompamy me when i needed. cehh! Sila betolkan ayat english aku ni..

Ok! Cukuplah setakat ini je, tertibe aku dah start blur, start stuck pale otak nak fikir pe nak tulis.. hehe