++Pengikut Saya++

Monday, January 9, 2012

Cinta

Salam Blogger sekalian, Selamat Petang.. 

Semoge anda semua sihat sejahtera belaka. Bila hari-hari asyik buka FB kan, bila asyik terserempak dengan kawan-kawan yang sebaya ataupun yang 'junior' yang dah kahwin / yang dah ada anak kan, terasa sangat bertuah dan bersyukur atas kejadian Allah yang sungguh indah untuk setiap kejadianNYA. Macammana entah nak diluahkan semoga hatiku terbuka dan diberikan peluang yang sama seperti orang / pasangan yang lain juga. Berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul bebanan. (werk, terkeluar pulak air mata ini)

Takda lah nak menangis air mata darah pun, cume nak bagi mak dan ayah kita juga bahgia merasa pangkat "atok" pangkat "nenek" yang sememangnya layak untuk umur yang menjangkaui usia mereka. Tapi setakat mana usaha kita untuk mendapatkan jodoh yang sememangnya untuk kita tanpa ada sebarang keraguan buat masa terdekat ini. Tiada siapa tahu perancangan Allah S.W.T. Walaupun kita sudah merancangnya berkali-kali dan bertahun-tahun lamanya, namun kita tetap tidak dapat menolak Qada' & Qadar Allah. Subhanallah. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. 

Terasa keinginanku yang membuak-buak untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayangku pada insan yang bernama manusia. Tetapi pada siapa? Masih boleh diguna-pakai untuk "cinta itu buta"? Ataupun melalui rupa paras dan sifat fizikal yang sempurna baru boleh menikmati keikhlasan sesuatu CINTA itu. Bukan kemaruk BERCINTA tetapi risau akan kepudaran perasaan CINTA tersebut sesama manusia. Bila rasa cinta pudar, mahukah rasa cinta itu tumbuh semula untuk masa akan datang? Pelbagai persoalan yang timbul untuk ku nyatakan perasaan cinta dan sayang padaNYA. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, setiap apa yang aku luahkan, dan setiap apa yang terlindung dalam sudut hatiku, aku minta Kau permudahkan untukku menghadapi cubaan & dugaan dunia ini. Semoga aku dapat merasakan kenikmatan sebenar di Akhirat sana. AMIN AMIN AMIN Rabbal A'lamin.

P/s : Mencari insan yang ikhlas, menerima sedaanya diri kita sebenarnya bukan macam kita pilih baju/makanan di luar sana. Segala luaran & dalaman sangat terperinci untuk disesuaikan mengikut warna-warni kehidupan di dunia ini. :)

Friday, November 4, 2011

Perasaan Tidak Terkawal


Saya suka bergambar, tertibe jer rase nak jadi model..!
hehehe


Wednesday, August 3, 2011

Release Tensen!

Ready to ride!

Pose dlm bas..

Bosan Mood



Skyway! skyway!


Saya dah naik skyway!..




/bye Salam sume... Salam Ramadhan...

Ramadhan ketiga: Epi puasa semuanya.. jangan malas-malas, jangan tension-tension, kene sabar..

Pagi: /shock Terbangun lambat untuk sahur.. Semalaman tak dapat tidur yang nyenyak. Sebabnya adalah:
1. Jiran-jiran main meriam buluh, meriam paip, entah meriam ape entah.. Rase duduk dalam negara IRAN, PALESTIN.. Rumah kene boom.. /floor
Bangun lambat bersahurnya, Alhamdullillah kakanda tersayang mengejutkan ku dari terlanjur beradu.. /hihi

Pergi kerja dengan semangat macam biasa, sentiase berfikiran positif untuk hari seterusnya, sentiase berdoa untuk dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur.. Sampai di office, seperti biase, parking kereta. Tak tukar kasut, pakai selipar je hari ni. hehe Heel campak kat belakang bonet..

Pagi ni, kak Su dah mendahului aku. Pintu sudah tersedia buka, tapi anak kunci dah tersedia di tangan. Simpan balik dalam hand bag. Aku Ok, dan aku rase Kak Su pun ok jugak..

Tak serta merta, Kak Su bangkitkan balik nak letak jawatan, aku sedih. /no tak sanggup nak buat kerja sorang-sorang pas sorang-sorang tinggalkan Worldbay.. Ish, aku tersepit. Memang tak de benefit pun duk dalam company besar macam ni, tapi aku nak mulakan kerjaya aku dengan sesuatu pengetahuan yang berguna untuk aku menuju kehadapan.

Aku tak de kuasa untuk halang Kak Su benti kerja, just nasihat aku, aku boleh katekan SABAR jelah. tak de kerja yang senang kalu tak start dari kesusahan.


Mungkin dia stress, macam masalah. tapi mungkin semua ni ade hikmah disebalik kejadian kan..
Aku percaya semua ini adalah ketentuan Yang Maha Esa, Allah.



Thanks, sudi bace!

Saturday, July 30, 2011

Aku Semakin Matang

Salam semuanya, Salam 1 Malaysia.. haha

Saya dah besar.. saya dah matang.. betol ke? Saya sudah genap 23tahun.. Yeah.. Rase cepat masa berlalu.. Saya dapat kek Cheesee kek.. Sedaaapp.. TQ credit to Fadzeem.. kerana cube nak happy kan saya..
Memang Happy sangat... :)

Saya rasa saya dah matang, untuk fikirkan mane yang lebih penting dalam hidup saya sekarang. Kalu nak diikutkan, umur saya masih lagi muda.. Saya xde la terlalu tua untuk mengejar dunia rumah tangga. Saya ingin membina kerjaya.. saya kene kuat semangat.. Yeah Allahu Akbar!.. Kuatkan lah semangat aku untuk tempuh semua ni, sayangi lah aku sebagai mana aku menyayangi diri aku sendiri..

Pasal sayang diri sendiri ni, aku pu xsedar yang kadang2 aku terlalu pentingkan orang lain dari penting kan keperluan diri sendiri. Sampai bila semua ini akan berakhir, aku sayang diri sendiri ke tak ni ye..? huh..! Mengeluh panjang.. dalam konflik diri sendiri.. haha

Aku lebih fokus kepada kerjaya, mungkin masa ni buat semua orang wisau pasal diri aku, tapi aku mahu pulangan yang lebih untuk kebaikan semuanya termasuk keluargaku dan insan tersayang.

Untuk pencapaian pertama, aku dah ade kamera alah2 DSLR.. hehe ceh orang lain dah gune berabad, aku baru boleh perolehi untuk gaji 2 bulan.. hehe tapi xde secanggih DSLR sebenarnya. hahaha Yang penting kite bersyukur dan menghargai semuanya yang kite usahakan.

Hasil Pertama : 16 Julai 2011, Metro Kajang
Seterusnya, target kedua, adalah musim raya.. belikan baju raya, kasi duit raya untuk sedara yang BELUM bekerja sahaja. hehehe kasi nenek sikit duit belanja, ceh nak beli baju kurung 2 pasang cukup kan..
Kene bajet cukup2.. harap-harap tercapai dengan jayanya.

Target 3: saya ingin kan JAM yang agak eksklusif.. Macam biase, harganya xterlalu mahal, tak terlalu murah.. hanya termampu.. Untuk Target ini, aku akan start pada bulan Sept. Hasilnya akan mungkin tercapai bulan 10.. :)


Ok, untuk sekarang. Aku mulakan semuannye untuk kebaikan semua. harap semua akan merestui, dan akan berdoa semuanya berjalan dengan lancar.amin..