++Pengikut Saya++

Wednesday, January 5, 2011

tension pulak aku eh!!

Semalam, keinginan mataku membuak-buak untuk pejam seawal yang mungkin hanya la sementara sahaja. Mataku mulai berat pada tepat jam 9.30 malam, segera aku angkat kaki untuk mendodoi tidurku biar diulit mimpi yang indah.
Malangnya, tidurku diganggu oleh rakan serumahku. Tersangat teramat paling bising bila semuanya berkumpul, standard la perempuan bila sudah berjumpa kawan masing-masing, banyak cerita yang nak di”gossip”kan bersama. Dengan aku sekali terjebak, ruginya aku tidur awal tadi. Tak dapat tertahan mataku dari mengalirkan air mata bias-bisa tidur tadi.
Nasib la badan….
Aku terpaksalah terima, ikutkan hatiku memang panas…tension lagi…
Aku tak mampu nak melawan, nanti xpasal2 aku pulak tak ade kawan serumah, elok duduk 5 bulan, aku tahan duk 5 hari jer nanti…hahahaha
Dan terciptala entri ini buat pembaca-pembaca sekalian…
Walaupun seramai kawan, segembira hati, seduka jiwa, sebanyak cerita, jaga dan hormatlah orang sekeliling anda, jangan ikutkan hati jer..(ayat tak puas hati)
Pandang kiri kanan depan belakang sudut 90 darjah ker, ingat dan renung2kanlah, ade orang lain sekeliling anda yang perlu sesuatu untuk kepentingan tertentu, marilah kita jaga keharmonian bersama…
Dah merapu meraban pulak,
Entahlah, xtahu nak cakap macam mane, baik aku tak yah cakap kalu xtahu,
Dari menyakitkan hati mane2 pihak…(terase macam keje wartawan..)
Hahahaha
Hiburkan hati sendiri…


1 comment: