++Pengikut Saya++

Saturday, July 30, 2011

Aku Semakin Matang

Salam semuanya, Salam 1 Malaysia.. haha

Saya dah besar.. saya dah matang.. betol ke? Saya sudah genap 23tahun.. Yeah.. Rase cepat masa berlalu.. Saya dapat kek Cheesee kek.. Sedaaapp.. TQ credit to Fadzeem.. kerana cube nak happy kan saya..
Memang Happy sangat... :)

Saya rasa saya dah matang, untuk fikirkan mane yang lebih penting dalam hidup saya sekarang. Kalu nak diikutkan, umur saya masih lagi muda.. Saya xde la terlalu tua untuk mengejar dunia rumah tangga. Saya ingin membina kerjaya.. saya kene kuat semangat.. Yeah Allahu Akbar!.. Kuatkan lah semangat aku untuk tempuh semua ni, sayangi lah aku sebagai mana aku menyayangi diri aku sendiri..

Pasal sayang diri sendiri ni, aku pu xsedar yang kadang2 aku terlalu pentingkan orang lain dari penting kan keperluan diri sendiri. Sampai bila semua ini akan berakhir, aku sayang diri sendiri ke tak ni ye..? huh..! Mengeluh panjang.. dalam konflik diri sendiri.. haha

Aku lebih fokus kepada kerjaya, mungkin masa ni buat semua orang wisau pasal diri aku, tapi aku mahu pulangan yang lebih untuk kebaikan semuanya termasuk keluargaku dan insan tersayang.

Untuk pencapaian pertama, aku dah ade kamera alah2 DSLR.. hehe ceh orang lain dah gune berabad, aku baru boleh perolehi untuk gaji 2 bulan.. hehe tapi xde secanggih DSLR sebenarnya. hahaha Yang penting kite bersyukur dan menghargai semuanya yang kite usahakan.

Hasil Pertama : 16 Julai 2011, Metro Kajang
Seterusnya, target kedua, adalah musim raya.. belikan baju raya, kasi duit raya untuk sedara yang BELUM bekerja sahaja. hehehe kasi nenek sikit duit belanja, ceh nak beli baju kurung 2 pasang cukup kan..
Kene bajet cukup2.. harap-harap tercapai dengan jayanya.

Target 3: saya ingin kan JAM yang agak eksklusif.. Macam biase, harganya xterlalu mahal, tak terlalu murah.. hanya termampu.. Untuk Target ini, aku akan start pada bulan Sept. Hasilnya akan mungkin tercapai bulan 10.. :)


Ok, untuk sekarang. Aku mulakan semuannye untuk kebaikan semua. harap semua akan merestui, dan akan berdoa semuanya berjalan dengan lancar.amin..

Thursday, May 26, 2011

Blogku Dianak Tiri kan..

Assalamualaikum Wbt..

Selamat petang semua yang tengah berblogging, yang tengah makan roti depan pc, yang tengah blog walking, tangok-tengoklah blog saya yang tak seberapa nak update ni.. lagi2 nak up grade.. telah bila nk tercapai puan tak tahu.. hehe

Saya sangat seronok-ronok sebab setelah sekian lama aku tak mengupdate status atau pun tak berbicara bersama rakan-rkan blogger yang lain kisah saya.. Kejap aku kejap saye.. ishhh *grrr* hehehe Pandai nak marah-marah pulak.. Biase la, saya kerja bawah orang agak tertekan jugak kan. Walaupun "small matter" tapi jadi "big matter" sebab tak tahu nk pschology diri sendiri untuk arrange keje sendiri.. huhuhu [sedikit kecewa]

Aku dah mulakan hidup baru dengan kerjaya baru, sebagai "Executive Corporate & Admin", disebuah syarikat penuh bumiputera yang berdekatan dengan rumah aku, tidak jauh 40 minit masa diambil. hehe Berterabor bahase aku kan.. Biase lah, sejak jadi skema ni, macam bahasa yang aku cube baiki. Tapi sikit demi sedikit, ade nampak tak hasil nya.. haha Korang la yang menilainye. 

Baru-baru ni, aku baru lepas hantar adik aku "Ijam Poyo" nama tertera dalam hand phone aku, hehe kalu dia baca blog aku ni, mesti dia cakap aku yang poyo.. hehehe Dia berjaya sambung belajar dalam jurusan Diploma Mekanikal Industri di Universiti Teknologi Mara, Arau. Yaeh! Melompat-lompat aku dengar bila dia dapat sambung belajar ke peringkat seterusnya, yelah mana tak haapynya, aku nak dia tahu bertapa nikmatnya hidup sebenar bila dia jalani alam yang lebih mematangkan dia. InsyaAllah. Sesungguhnya, dia boleh belajar berdikari sendiri bersama kawan-kawan seperjuangan dia yang lain  untuk kenal warna-warni KEHIDUPAN sebenar. Aku sangat kagum!

Mase hantar budak ijam ni balik kolej dia, lepas menghabiskan mase di Padang Besar selama sejam, Shopping Time la konon nye!! hehe Kami pun bersalam-salaman bersama, lalu menitis air mata ayah dan ibuku, untuk melepaskan ijam belajar mengharungi mase remaja nya sendiri jauh disudut negeri. Pesan ayah kepada ijam dan semua, "Biar kita jauh, tapi hati kite dekat" terus laju selaju air paip mencurah-curah keluar dari saluran anak mata aku. Perghhh! Rase macam berat sangat nak berjauhan dari ijam.. kawan beradik gadoh aku tiap-tiap kali aku tensen.. hehe Thanks ijam being my brother and always accompamy me when i needed. cehh! Sila betolkan ayat english aku ni..

Ok! Cukuplah setakat ini je, tertibe aku dah start blur, start stuck pale otak nak fikir pe nak tulis.. hehe

Tuesday, March 15, 2011

Mulakan semula..

/hihi & Salam semuanye..

Selamat petang, dah berape minggu aku tak update blog kesayangan hamba ni, almaklum lah, banyak sangat kerja yang aku kene buat. Aku bukan nak cakap pe, aku rase aku tak cukup perform lagi kalau nak cari kerja kat tempat lain. Banyak sangat aku tak tahu lagi, banyak benda lagi yang aku kene mentelaah, banyak lagi yang perlu aku ingat proses-prosesnya, memang sangat banyak yang aku kena belajar untuk berpengalaman dalam bidang admin ni. hehe

Lagi sebulan, aku bakal menamatkan praktikal ku yang hampir 4 bulan aku tempuhi untuk memastikan aku boleh grade dalam mase yang ditetapkan. Tarikh last, 16hb April 2011, tapi kalu dapat extand pun OK jugak, leh dapat duit poket lebih, hehe sementara aku plan kertas kerja yang pelbagai lagi. hehe

Saje nak merapu meraban di petang yang sejuk, yang longlai sipu-sipu bahase, yang hampir nak hujan ni.. haha Dah full stop! Aku dah tak tahu nak merapu meraban pe dah ni, tapi aku dah xtahu nak wat keje pe dah. kerja semua dah siap. yang penting, tender semua dah balut!! yeah!! Boleh balik!! Seronoknye!! Boleh tidur dengan nyenyak!! Ops! tak boleh, questionnaire lum siap distribute lagi, belum boleh wat finding lagi, so tidur aku tentu arah lagi, tapi g mampus la, aku tetap nak tidur sepuas-puasnya. haha Peduli pe!! Damn! Mane boleh macam tu AZIMAH! nanti ko kene repeat sem depan, macam mane nak beli kereta.. hehe Wow! Nak beli kereta dah, hutang PTPTN belum setel lagi, dah nak wat hutang baru.. hehe Ape yang aku nak wat, kite kene peduli kan sape2 o ape orang lain nak cakap. Biarkan!! Takbir AllahuAkbar..! hehe Amboi semangat pulak tetibe.. hehe

Terima Kasih, sudi bace!

Sunday, March 6, 2011

Layan....

 
layan video ni...
aku tak habis-habis kene tuduh curang! walaupun niat aku hanye untuk berhibur. huhu wajib ke aku ditengking2? macam xpunye perasaan, belas kesihan?

ermmm terima segala hukuman. biar aku layan perasan ku sendiri..
Andang cintaku menyala dari Safura & Ezad...


Terima Kasih, sudi bace!

Saturday, March 5, 2011

Kalu Kite Tak Amanah...

/hihi & Assalamualaikum Wbt..

Aku pulang ke rumah tengahari tadi, ayah yang setia menjemputku pulang sampai diperkarangan rumah flatku, ayah datang berseorangan, hari ni pergi hantar CPU & Monitor skali kat rumah member 1 tempat kerjaku, Si Syahmim.

Hantar selesai, tibe pulak aku nak pulang ke rumah. Rindu dowh tak balik rumah sendiri. hehe Padahal baru minggu lepas, minggu lepas, aku dah balik. Bila kaki jejak je tanah rumah ni, mulut aku terus panggil "Bugen" "Bugen" Bugen pun bukak mulut dia besar2, sangat besar. hehe macam menguap la konon2 nye. Bugen tu meow aku, yang entah ke berapa ekor pun aku tak ingat. Seadik-beradik dengan Rebest la, seibu dengan Chombi. Sebab ape mak aku panggil Bugen, aku pun xtahu. Aku ikut je, Mungkin ekor dia kot, berpintal2, tu pasal mak kasi name dia Bugen. hehe Bugen ni ade "kembar siang", hehe name dia Panjang. sebab ekor dia panjang sebijik macam Kecik dolu2.

Mase perjalanan: ayah bagitahu yang ayah dah tak dapat amanah dengan duit masjid, tapi dia bayar balik, tapi dia guna dulu duit masjid tanpa pengetahuan sesiapa. Ini disebabkan, family aku kekurangan pendapatan, dan sebahgiannya di salurkan pade yang suke meminta untuk menampung yang tak pernah cukup walaupun gaji besar, walaupun banyak buat kerja extra. tapi end of the month still tak cukup duit. Huh! Ayah yang xcukup duit tak pernah nak minta kat anak dia tanggung, tapi anak tak pernah nak bertimbang rase minta, minta dan minta pade ayah. Aku sedih sebab aku pun tak mampu nak bagi kemudahan pade family aku terutama untuk ayah selesaikan segala bil, belanja pakai keperluan dalam rumah, aku hanya berdiam diri dalam kereta mendengar luahan hati seorang ayah yang tabah dengan karenah anak-anaknya. Aku tak berani nak potong kate-kate ayah, aku saja membiarkan dia meluahkan isi hatinya. Aku tak mampu nak membalas luahannya. Ni lah hati dan pergorbanan seorang ayah untuk membesarkan & menjaga anak-anaknya. 

Sedang rancak ayah meluahkan ceritanya, dengan tibe-tibe kereta pulak berenti enjin. Sebelum ni dah pernah terjadi, so, memang aku tak panik langsung. Mule nya ayah bebel2 pasal signage kuning tanda mintak tu, minyak dia baru isi, tapi meter minyak tu jatuh secara mendadak, ni sangat menakutkan ayah bile ayah bawak kereta katenya. Bila ayah isi minyak, dia akan tanda kilometer untuk setiap isian. Kire dia bajet untuk 200km/j cukup untuk RM30. Tapi ini sangat merungsingkan dia sebagai pemandu. Ayah bagitahu jugak kebaikan dan keburukan kereta tu, kalu manual, kebaikan nye itu ini, kalau auto kabaikan nya itu ini. dan aku masih membisu kaku. Dalam fikiranku, aku mahu bawak kereta ni repair & servis pape yang berkaitan tanpa pengetahuan dia. Tapi, kat mane pulak aku nak usung kereta ni. Kereta tu dah hampir 12 tahun. Memang ketara kerosakannya. Cuma ayah sedapkan hati, kereta tu masih elok digunakan. Tapi aku tengok dah nazak dah. Tunggu ayah betolkan kereta yang mati tertiba tadi, aku pun wat2 nak tolong, tapi aku tak tahu nak tolong ape. huhu Kalu aku bawak kereta tu dan tibe2 kereta mati, tu memang aku panik. xde sape yang boleh aku percaya nak intak tolong. Aku kan pompuan, takot tertipu. Aku still jugak nak ayah datang waktu betolkan kereta aku. Tapi setakat mane ayah boleh datang tolong, nak tak nak aku kene berdikari. Aku kene tahu sikit sebanyak pasal kerete.Mane minyak brek, minyak enjin, radiator, enjin dan banyak lagi.

Berbalik dengan tajuk aku, kalu kite tak amanah secara tidak sengaja atau kite ade keperluan yang lagi mustahak, boleh ke kite dimaafkan. Kite diberi amanah untuk memikul tanggungjwab itu, tapi orang lain tak tahu kemampuan kite untuk memberi yang terbaik dalam melaksanakannye. Moga Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas segalanya. Kite sebagai hambeNye mesti percaya semua ni ade hikmah dan ade keberkatan nye tersendiri. Kita kene terus tabah hadapi dugaan Allah. Bersyukurlah wahai manusia. 

Amin Ya Rabbal'alamin..

Terima Kasih, sudi bace!